Saturday, June 2, 2012 0 comments

Jika Dunia ini Stadium


Tidakkah anda memikirkan, jika dunia ini hanyalah sebesar stadium, dengan populasi penduduk semakin meningkat, padat..sangat padat. Saya menulis artikel ini setelah merasai sendiri pengalaman duduk di dunia stadium ini. Mesti sahabat yang sedang baca artikel ini.”Mesti mamat nie dah tiada idea lain nak ditulisnya”. Tetapi memang saya ada pendirian saya sendiri dan apabila memikirkan semula sambil memandang kepada orang ramai semalam. Memang berkait rapat dengan kehidupan di dunia sekarang.


            Pernah sebelum ini terbaca artikel di majalah “anis” yang bertajuk “Jika dunia ini dihuni orang baik-baik”. Terbayang sebentar di minda apa yang dialami sekarang. Tiada persamaan dengan apa yang dinyatakan oleh artikel tersebut. Hakikatnya, memang dunia ini penuh dengan ragam manusia yang pelbagai. Ada yang benar-benar baik, ada juga yang terlalu jahat. Tetapi jika difikirkan balik, memang indah jika dunia kita ini dihuni oleh orang baik-baik sahaja. Semua orang berlumba-lumba buat perkara kebajikan. Semua orang membantu antara satu sama lain. Perkara ini memang terjadi apabila saya berada di dunia stadium semalam. Memang betul apa yang dikatakan seperti di dalam artikel tersebut. Jika diambil situasi yang berlaku semalam ketika waktu maghrib, semua orang berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat untuk sembahyang berjemaah, sehinggakan penuh sah di padang, ada juga yang sanggup bersembahyang di celah-celah kerusi, semalam memang ada juga orang berbuat kebajikan dengan memberi derma kepada perjuangan, dan memang ada semalam orang yang mengutip sampah apabila semua manusia meninggalkan tempat duduknya.

“Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebajikan”
(Al-Baqarah 2:148)

            Ini adalah gambaran apa yang berlaku semalam, tetapi diri ini memikirkan juga bagaimana pula jika sebuah dunia stadium itu, berlaku situasi dimana maksiat berlaku bermaharajalela, percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batas, memaki hamun dan mengfitnah orang tanpa usul periksa. Memang akan rosak dunia tersebut dengan kejahatan yang dilakukan. Bukan hanya si perosak yang memang sudah rosak akhlaknya. Tetapi ianya akan menyebabkan orang lain yang berada dalam dunia stadium tersebut terikut-ikut sekali dengan amalan yang dilakukan.

 Semua situasi di atas akan berlaku jika pihak penganjur sendiri yang merancang untuk semua itu berlaku. Jika pihak penganjur yang baik dan beragama, keseluruhan tentatif  program akan disusun dengan situasi yang baik dan meletakkan penjagaan agama itu sebagai objektif program tersebut. Jika pihak penganjur itu seorang yang tidak baik dan fasik, keseluruhan tentatif tersebut disusun hanya mengikut hawa nafsu dan mengikut cara kefasikan mereka.

Ini adalah dua analogi mudah yang apa saya fikirkan semalam. Hanyalah bekaitan dengan dunia Stadium.Mesti sahabat tertanya-tanya, mengapa dunia stadium, kenapa tidak tempat awam yang lain?Uhmm..Apa saya nak jawab yea?! Antara perkara pokok yang perlu kita fahami, dan jika kita bandingkan di antara dunia stadium dan dunia sebenar, ini adalah soal memilih pemimpin. Saya mengambil analogi mudah apa yang berlaku di stadium semalam. Objektif perjalanan di program akan ditentukan oleh pihak penganjur. Jika dibayangkan pada dunia sebenar, pihak penganjur ini diibaratkan pemimpin yang memandu arah tuju negara dan rakyatnya.  Rakyat akan terikut-ikut dengan orang yang memimpin mereka. Jika seorang pemimpin itu jenis yang suka berhibur dan perkara-perkara yang lara. Rakyat akan mengikut jejak langkah mereka. Jika seorang pemimpin itu suka berbuat amal soleh dan kebajikan, rakyat juga akan mengikut jejak langkah pemimpin tersebut dan melakukan amal soleh.

“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan”.
(Surah Al-Hajj :41)

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:

”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

Pemimpin yang sebaik-baik pemimpin yang melaksanakan perintah Allah SWT dan menjaga kebajikan rakyatnya. Rakyat pula dapat merasai nikmat dan kerahmatan di bawah pemerintah tersebut oleh kerana kebaikan yang dilakukan. Pemimpin yang jahat adalah pemimpin yang menaniayai rakyatnya sendiri dengan memperkosa maruah dan  harga milik rakyatnya sendiri. Pemimpin inilah akan dibenci rakyat selama-lamanya. 

Aku mengimpikan akan dunia yang dihuni orang baik-baik dari pemimpinnya sehingga kepada rakyatnya. Jika semalam hanya sebentar sahaja merasai suasana tersebut walaupun hanya di dunia stadium yang kecil. Tetapi terasa indah dengan suasana biah yang dibawa.  InsyaAllah jika tidak berlaku di dunia. Belaku di Syurga kelak. InsyaAllah.



No Response to "Jika Dunia ini Stadium"

Post a Comment


Powered By Blogger