Wednesday, November 28, 2012 0 comments

Hakikat Cinta dan Kasih Sayang

Hakikat Cinta dan Sayang serta perasaan kasih ada di dalam hati setiap insan.Namun, yang membezakannya adalah cara mempamerkan perasaan itu. Ia tidak sama bagi setiap manusia, juga berbeza antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Namun sesuatu yang pasti, perasaan cinta dan sayang selalunya ia dapat dilihat melalui sikap dan kata-kata. Sebuah syair arab pernah menyebut :

" Tanda-tanda cinta tidak dapat disembunyikan oleh seseorang laksana pembawa kasturi tidak dapat menyembunyikan keharumannya"

Perasaan sayang terletak jauh di dasar hati, tetapi ia boleh disuburkan melalui tindakan zahir seperti melalui kata-kata dan perlakuan yang baik. Suka untuk saya apabila memperkatakan berkenaan tajuk ini, saya akan membawa contoh bagaimana Islam melihat CINTA dan SAYANG ini.Pada hemat saya, perasaan cinta dan kasih sesama makhluk selain kepada ahli keluarga dan sahabat, adalah pada ikatan perkahwinan.Hanya inilah jalan yang Islam ajar dan tunjukkan kepada bangsa ADAM dan HAWA yang ingin menjalinkan perasaan CINTA dan SAYANG sesama mereka.Tanpa ikatan ini, pelbagai kerosakan moral akan berlaku.Buktinya saya bawa dari firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 32 :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji (fahisyah) dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

Allah juga ada berfirman di dalam Surah Al-Imran ayat 14, untuk menceritakan kepada kita tentang CINTA ini:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
Tidak ada perlakuan dan kata-kata yang tepat untuk mengungkapkan seluruh perasaan cinta seseorang terhadap orang yang dicintainya. Lain orang., lainlah cara ungkapan dan luahan rasa cintanya. Walaupun ungkapan " Aku mencintaimu" ( I LOVE YOU ) selalu diungkapkan oleh pasangan kekasih atau suami isteri di layar perak, namun dalam realiti kehidupan, pelbagai bentuk sikap dan ungkapan lain digunakan untuk membawa maksud yang sama. Perhatikan ungkapan-ungkapan ini sekadar contoh:
" Cantik Siti tengok abang pakai baju ni" 
" Abang memang minat laksa, tapi kalau Aisyah yang masak, lagilah abang berselera makan"
" Nah, abang bawa buah tangan ni untuk Fatimah dan anak-anak"
" Hati-hati memandu ya, bang...."


Demikian antara ungkapan-ungkapan secara tidak lansung (indirect) yang mencerminkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri. Namun begitu, jika mengungkapkan rasa cinta secara langsung dan terus terang sudah menjadi budaya atau kemestian bagi sesuatu bangsa, maka tidak salah ungkapan " Aku mencintaimu" menjadi basahan bibir suami isteri. Dari mata akan turun ke hati. 
Hal ini merupakan ungkapan yang mengambarkan peranan mata untuk jalinan cinta. Justeru, jangan harapkan cinta akan subur jika pasangan suami isteri selalu mengelak untuk bertentang mata bila berbicara. Antara bukti cinta ialah adanya ingatan pada orang yang dicintai. Malah tanda seseorang itu ingat akan sesuatu atau seseorang ialah dia selalu menyebut-nyebutnya. Rasulullah s.a.w mengungkapkan kata-kata berikut kepada Sayidatina Aisyah r.ha untuk mengambarkan ingatan dan perasaan sayangnya kepada isteri baginda Sayidatina Khadijah r.ha yang telah wafat.:
" Khadijah mencintaiku disaat aku sengsara. Khadijah beriman kepadaku pada waktu orang lain tidak percaya dan menganggapku gila. Khadijah memberikan banyak sekali pengorbanan untukku ketika orang lain memusuhiku. Patutkah aku melupakan perempuan seagung itu walaupun misalnya dia bukan isteriku? Dan dia adalah isteriku dan ibu kepada anak-anakku. “
Dalam meluah dan mempamerkan rasa cinta, batas yang diperaturkan oleh Islam ialah perlunya ada rasa malu. Adanya perasaan malu merupakan cermin iman di hati. Perasaan malu menghalang luahan cinta di luar batasan. Disebabkan hilang atau kurang rasa malu, pasangan-pasangan di barat mempamerkan rasa cinta dengan perlakuan yang tidak bermoral. 
Perasaan malu juga menjadi benteng untuk imbangan diri tatkala mengalami gelodak cinta yang tidak kesampaian. Seorang gadis yang menyimpan rasa cinta pada seorang teruna tidak akan bertindak di luar batasan jika ada perasaan malu di hati. Dia percaya, cinta seumpama itu hanya dapat disuburkan melalui ikatan perkahwinan, tetapi jika bukan jodohnya, dia rela menjadi ‘secret admirer’ kepada si teruna dan rasa cinta itu satu waktu akan hilang dengan sendirinya bila Allah pertemukan jodohnya dengan teruna lain. Dalam hubungan cinta antara ibu bapa dan anak-anak, cendekiawan Islam pernah berkata:
‘Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.’

Ertinya di sini, Allah Yang Maha Penyayang memakbulkan doa orang yang penyayang jika dia berdoa untuk orang disayanginya.Hal ini merupakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita yang bergelar ibu. Oleh sebab itu, bertepatanlah dikatakan bahawa doa ibu sangat makbul. Bahkan, tidak keterlaluan untuk saya katakanan bahawa sumpah seranah seorang ibu boleh bertukar menjadi doa !. 
Dengan kekuatan cinta, seorang wanita dapat membentuk dan mendidik anak-anaknya ke arah yang diredhai Allah. Sebaik-baik didikan ialah yang dimulakan dengan mengajar,mentarbiyah dan mengenalkan anak-anak kepada Allah hingga si anak dapat belajar mencintaiNYA. Tetapi belaian, asuhan dan didikan seorang ibu tidak mencukupi sekiranya tidak disertakan dengan doa yang berterusan. Doa adalah tanda ingatan kita kepada Pencipta. Dan doa juga merupakan bukti cinta hamba kepada Tuhannya.
Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.



No Response to "Hakikat Cinta dan Kasih Sayang"

Post a Comment


Powered By Blogger