Wednesday, February 1, 2012 0 comments

Genggam Islam Seperti Bara Api


Pernahkah kita genggam bara api? Panas dan boleh melecur tangan jika tidak melepaskannya. Walaupun kita tahu ianya hanya menampakkan warna merah pada kayu tanpa menyalakan api. Tapi ia tetap panas. Begitulah bagaimana Rasulullah SAW memberikan analogi bagi umatnya di akhir zaman yang masih berpegang dengan islam yang di bawa baginda.


Suatu hadis yang meriwayatkan tentang keaadaan umat islam akhir zaman. Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW bersabda: ‘Sampai satu masa, orang yang sabar dalam agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.’


Islam pada akhir zaman ini bagaikan telur di hujung tanduk. Bahaya. Sangat bahaya. Dikelilingi musuh yang hanya menunggu untuk menerkam dari belakang. Jika umatnya masih berfoya-foya dengan arus keduniaan. Kini umat islam masih tertipu dengan bahana musuh yang sering mencemburui kita. Kerana kita terlalu menganggumi barat. Maruah kini tergadai. Selama lebih 50 tahun kita merdeka setelah hampir 500 tahun kita dijajah oleh penjajah. Dimana terangkatnya darjat islam. Masih ditangkup lama. Benarkah hanya kita membina pelbagai institusi islam telah menjamin terangkatnya darjat islam itu sendiri. Tidak mungkin lagi jikalau umat islam itu sendiri masih tidak lagi menghayati sepenuhnya sifat ubudiyyah kepada Allah SWT. Mengapa kini kita masih belum mampu mengamalkan islam keseluruhannya. Hanya berpegang kepada islam basic bak kata orang. Dari segi hukum, mualamat, perundangan masih bertuhankan barat. Walaupun kita tahu bahawasanya peraturan yang turun dari Allah SWT adalah yang terbaik.


Adakah kita sekarang masih takut jika penjajah kembali menjajah negeri kita ini yang dulunya sekian lama telah menjajah kita. Tapi hakikatnya sekarang masih menjajah kita bukannya dari segi fizikal. Tetapi dari segi pemikiran kita telah termakan dengan resepi penjajah. Tidak hairanlah sekarang kita lihat di negeri kita sendiri, bangsa kita sendiri, sanggup meletakkan islam dibawah bukan di tempat yang sepatutnya. Jikalau ada ulama yang mengajak balik kepada islam, golongan ini jugalah yang menolak sekeras-kerasnya ajakan ulama tersebut. Kini tidak perlu lagi disuruh oleh penjajah. Kerana kini anak didik penjajah sendiri yang akan menghalang-menghalangi bagi memastikan islam tidak tertegak dengan kebenaran yang sebenar-benarnya. Biarlah hanya nampak islam itu megah dari segi materialisme sahaja. Ini telah cukup bagi mengaburi umat islam yang telah hanyut dengan keduniaan sahaja. Tetapi sedikit demi sedikit maruah umat islam tergadai. Bagaimana pula dengan akhlak anak muda islam sekarang? Bagaimana pula dengan hukum-hukum islam yang dilihat hanya mampu dibukukan? Wanita-wanita islam semakin dirosakkan aqidahnya. Adakah kita mahu berdiam diri sahaja? Adakah kita hanya bertindak jika kejadian itu berlaku ke atas keluarga kita sahaja tanpa menghiraukan saudara-saudara seagama kita? Dan hanya menerima sahaja tanpa memikirkan bala bencana yang akan ditimpakan kepada hambanya yang lalai dan melakukan maksiat. Allahurrabi.


Artikel ini saya hanya tujukan kepada umat islam di negara ini sahaja. Rasanya telah cukup untuk membuktikan islam kini tersangatlah bahaya. Tidak lagi tertumpu kepada seluruh dunia. Sesuailah dengan sabda Rasulullah SAW. Mana-mana umatnya yang masih berpegang kepada islam. Perjuangannya tidak mudah. Pasti ada pelbagai ujian kesusahan yang dihadapi. Jika selamanya kita mampu bertahan untuk meninggikan agamanya. Kita akan terasa pedihnya perjuangan yang sangat panjang ini. Kita takkan menggenggam bara itu berterusan bahkan kita akan lepaskan genggaman apabila kita rasakan panas dan genggam kembali apabila kita mampu. Begitulah hakikat Islam sekarang. Hanya digenggam apabila memberi keuntungan pada kita. Apabila kita rasakan susah dengan Islam, kita akan lepaskan ia, dan apabila kita rasakan Islam akan beri keuntungan pada kita, kita akan kembali pada Islam.

Dahulu, pada zaman Rasulullah S.A.W, baginda ada mendengar sahabat berkata, kejayaan Islam pada masa itu adalah disebabkan oleh mereka. Lalu Allah S.W.T menegur mereka dengan turunkan ayat 17 surah al-Hujurat kepada Rasulullah S.A.W :

"Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, " Jangan kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar."

Mereka silap.


Berjayanya Islam ini adalah bukan kerana kita tetapi kerana rahmat dan izin Allah. Islam ini jika kita tidak anuti, Allah s.w.t tidak akan pernah rugi. Begitu juga jika kita anuti, Allah s.w.t juga tidak mengambil sebarang keuntungan. Kerana sifat Allah itu tidak terkesan dengan pengabdian hambanya. Islam itu tidak akan rugi jika kita tidak bersama dengannya. Namun kita, kita yang akan rugi jika kita tidak bersama Islam.


Rasakanlah Izzah dengan keislamanmu! “Binalah Islam dalam dirimu, nescaya pasti islam akan tertegak di wilayahmu” Kemenangan Pasti Tiba Kelak. Insyaallah.


No Response to "Genggam Islam Seperti Bara Api"

Post a Comment


Powered By Blogger