Saturday, May 26, 2012 1 comments

Kota Maksiat, Bala yang diundang


Maksiat dilakukan, bala diundang. Allahurrabi.
Sungguh tercabar diri ini bila melihat gambar-gambar yang dipostkan ke dalam wall facebook yang menunjukkan aksi penyanyi wanita yang hampir bertelanjang sedang menari di atas pentas yang dijemput khas daripada Korea. Perkara ini berlaku di Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya di Negara islam yang kononnya kita bangga-banggakan ini.


Adakah penganjuran tersebut sebagai satu medium untuk menarik minat anak muda untuk datang ke perhimpunan tersebut? Mengapa perlu dihidangkan kepada belia-belia ini dengan tarian maksiat yang sememangnya akan melalaikan belia tersebut? Adakah ini sahaja inisiatif kerajaan untuk memberikan sesuatu kepada belia-belia Malaysia?

Jika kita ketahui, semua orang akan bertanggungjawab ke atas sesuatu perkara yang dilakukan oleh anak muda. Yang pertama tanggungjawab daripada KELUARGA di rumah yang perlu menjaga anak-anak mereka daripada tergelincir di jalan kebinasaan. Jika anak-anak mereka sedang belajar di sekolah, tanggungjawab kedua akan jatuh kepada GURU yang mengajar mereka, Jika anak muda itu sudah pulang dari sekolah dan pergi bersiar-siar di Bandar atau di mana-mana tempat awam, tanggungjawab ketiga adalah KERAJAAN yang perlu memastikan sebarang penganjuran atau aktiviti tidak akan sesekali memberikan ruang kepada anak muda untuk bermaksiat kepada ALLAH S.W.T. Semua ketiga-tiga GOLONGAN di atas akan ditanya “Apakah yang mereka lakukan semasa ALLAH memberikan zuriat kepada ibu-bapa,memberikan amanah kepada guru untuk mendidik pelajar, dan memberikan kekuasaan kepada kerajaan untuk memerintah?  

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, pelbagai aktiviti maksiat telah dilakukan di tempat awam. Dengan hiburan yang melalaikan dan diundangkan penyanyi-penyanyi wanita untuk menghiburkan lagi persembahan yang dianjurkan. Benarlah sabda Nabi SAW yang ditujukan kepada umat akhir zaman ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:-

Satu kumpulan daripada umatku pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka orang-orang Islam ?
Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka menjadi begitu, ya Rasulullah?
Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka, maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.

Allahurrabi..

Memang benar apa yang berlaku sekarang telah disabdakan oleh Nabi SAW 1400+ tahun yang lepas. Manusia masih lagi tenggelam dengan arus keduniaan yang menjerat mereka dengan kenikmatan yang sementara. Manusia ini cepat tertewas dengan nikmat dunia tersebut. Tetapi adakah kita hanya mampu melihat sahaja dengan apa yang berlaku?  Kerana kemaksiatan yang dilakukan oleh mereka tidak akan mengundang bala untuk pihak mereka sahaja. Ini kerana kita akan bersama-sama akan ditimpa bala ALLAH SWT kerana kita hanya duduk diam sahaja tanpa apa-apa tindakan untuk memberikan kesedaran kepada mereka atas perbuatan maksiat yang mereka lakukan.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayat oleh Imam Ahmad yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak mencegahnya."




Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang tersurat dan yang tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara realitinya memang berlaku kepada kita sendiri umat di akhir zaman, kerana akibat dosa yang telah mereka lakukan mengakibatkan umat akan binasa dan dihukum oleh Allah.

1 Response to Kota Maksiat, Bala yang diundang

May 26, 2012 at 11:37 PM

tak sanggup aku lihat anak muda disajikan dengan 'najis' sebegini..

Post a Comment


Powered By Blogger