Tuesday, January 24, 2012 4 comments

Tarbiyah lalang?



Analogi lalang dengan tarbiyah? Sekuat mana pembuktiannya. Apabila memerhatikan lalang ketika dalam perjalanan pulang dari program tadi. Diri ini terfikir seketika. Semak. Tidak berguna. Tetapi apabila berfikri segenak, memerhati lalang apabila melentok ke kiri dan ke kanan dibawa oleh arus angin. Terbit bayangan tersirat daripada alam ciptaan Allah S.W.T yang selalu berkait rapat dengan kehidupan manusia.

Lalang mempunyai kekuatan yang tidak ada pada tumbuhan lain. Ia hidup secara berjemaah dan kelihatan indah mendatari lapangan bumi dan gunung-ganang. Kehadirannya memberi perlindungan buat jemaah serangga di bawahnya. Memberi manfaat yang besar yang tidak dapat dilihat oleh mata. Memang lalang sering dipijak dan disakiti, tapi ia akan cepat bangkit dan menyembuh dengan sendiri. Ia tidak memerlukan kudrat makhluk lain untuk hidup. Ia berdikari dalam kehidupannya. Tawakalnya hanya pada Allah.

Lalang juga boleh dikategorikan sebagai tumbuhan yang tahan lasak. Walaupun ditiup angin taufan sekalipun. Lalang tidak sesekali akan tumbang. Melainkan bengkok ke kiri ataupun kanan sahaja. Hanya melepaskan kabus-kabus putih di pucuknya. Yang berterbangan mengikut arus angin. Tetapi lalang itu sendiri tetap teguh di situ. Memperbaiki struktur yang bengkok tadi akibat ditiup angin dan kembali kepada asal semula

Pokok kayu yang besar, yang memiliki akar yang hebat,dikagumi makhluk di sekelilingnya,namun apabila ditebang bertukar menjadi tunggul yang tidak berguna. Lalang yang kerdil, menumpang atas bumi Tuhan, namun apabila ditebas,tetap mara teguh berusaha untuk bangun daripada kesakitan dan menjadi entiti yang lebih kuat berbanding sebelumnya. Dapat tumbuh di mana-mana,di pergunungan, dataran, tepi jalan dan di mana sahaja tidak mengira bentuk muka bumi. Kehadirannya memberikan manfaat buat mereka di sekelilingnya, mengembalikan nutrien dalam tanah dan menghijaukan bumi. Ia juga melindungi tanah ketika hujan supaya tanah kekal terpelihara di tempatnya.

Analogi pentarbiyahan daripada lalang memberikan kita kesedaran tentang hakikat kehidupan seorang pejuang.Setiap makhluk yang diciptakan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Meliuk lintuk lalang bukan bermakna tiada pendirian,tetapi pandai menyesuaikan diri dengan arus semasa dengan pendekatan yang terbaik.Kita hidup secara bermasyarakat,dan saling melindungi antara satu sama lain. Walaupun kudrat lalang begitu terbatas,pengorbanannya menahan hujan daripada menimpa tanah harus dicontohi. Umpama ibu melindungi anaknya. Umpama pemimpin melindungi rakyatnya. Umpama sahabat melindungi temannya. Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan merendah diri di atas muka bumi. Walau berkali-kali kita disakiti,segera bangkit dan teruslah menyebarkan manfaat dan berbakti. Kerana setiap perkara yang dilakukan bukanlah diukur dengan mata manusia tetapi dengan piawaian Allah seikhlas hati.

Selagi kuat pentarbiyahan kita, semakin kuatlah tsabat dan pergorbanan kita dalam perjuangan. Walaupun disekat dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Jiwa-jiwa yang ditarbiah tidak akan luntur dan akan terus menegakkan yang hak. Analoginya mudah sahaja. Perhatikan lalang yang tiup angin taufan. Jadilah kita seperti lalang sahabat.

~Apabila sesuatu perkara dilakukan kerana dunia, maka ia hanya bersifat tidak kekal dan sementara dan apabila sesuatu dilakukan kerana Allah, maka ia akan bersifat teguh dan ampuh~

Selamat datang kepada adik-adik baru seperjuangan bagi meneruskan rantai perjuangan ini. Semoga setiap kali pembaharuan perjanjian kita kepada Allah akan menguatkan lagi jiwa dan keikhlasan kita dalam perjuangan di jalan ini.



4 Response to Tarbiyah lalang?

January 24, 2012 at 7:11 AM

Analogi yang smart~! Lalang dan ahli jemaah. Umpama lalang jika sendirian, mudah sahaja dihapuskan..jika banyak..menyukarkan. Bukan setakat menghijaukn bumi, nmun berperanan mengawal kkuatan struktur tanah. Terbaiklah!

January 24, 2012 at 8:41 PM

banyak lagi yang boleh kaitkan dengan lalang..antara satu sifat lalang yng lain adalah hujung lalang hijau lebih tajam daripada hujung lalang yang sudah kering..jika disentuh pasti luka..sama juga analogi tarbiyah..terutamanye kepada anak muda yang bukan hanye sekadar semangat sahaja..perlu kepada pentarbiyahan yang betul..anak2 muda kini adalah golongan pengerak untuk memastikan kejatuhan tirani2 zalim..berbeza daripada golongan tua..

January 25, 2012 at 5:39 PM

kita semua semakin cakna dengan TARBIYYAH.. tarbiyyah akan terus bergerak.. tiada istilah berhenti.. selamat berkarya..!

May 27, 2012 at 10:06 PM

menarik ! mabruk alaika ~

Post a Comment


Powered By Blogger