Saturday, May 26, 2012
Maksiat
dilakukan, bala diundang. Allahurrabi.
Sungguh tercabar diri ini bila melihat gambar-gambar yang dipostkan ke dalam
wall facebook yang menunjukkan aksi penyanyi wanita yang hampir bertelanjang
sedang menari di atas pentas yang dijemput khas daripada Korea. Perkara ini
berlaku di Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya di Negara islam yang kononnya
kita bangga-banggakan ini.
Adakah
penganjuran tersebut sebagai satu medium untuk menarik minat anak muda untuk
datang ke perhimpunan tersebut? Mengapa perlu dihidangkan kepada belia-belia
ini dengan tarian maksiat yang sememangnya akan melalaikan belia tersebut?
Adakah ini sahaja inisiatif kerajaan untuk memberikan sesuatu kepada
belia-belia Malaysia?
Jika kita ketahui, semua orang akan bertanggungjawab ke atas sesuatu perkara yang
dilakukan oleh anak muda. Yang pertama tanggungjawab daripada KELUARGA di rumah yang
perlu menjaga anak-anak mereka daripada tergelincir di jalan kebinasaan. Jika
anak-anak mereka sedang belajar di sekolah, tanggungjawab kedua akan jatuh
kepada GURU yang mengajar mereka, Jika anak muda itu sudah pulang dari sekolah
dan pergi bersiar-siar di Bandar atau di mana-mana tempat awam, tanggungjawab ketiga
adalah KERAJAAN yang perlu memastikan sebarang penganjuran atau aktiviti tidak
akan sesekali memberikan ruang kepada anak muda untuk bermaksiat kepada ALLAH
S.W.T. Semua ketiga-tiga GOLONGAN di atas akan ditanya “Apakah yang mereka
lakukan semasa ALLAH memberikan zuriat kepada ibu-bapa,memberikan amanah kepada
guru untuk mendidik pelajar, dan memberikan kekuasaan kepada kerajaan untuk
memerintah?
Tetapi
apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, pelbagai aktiviti maksiat telah
dilakukan di tempat awam. Dengan hiburan yang melalaikan dan diundangkan
penyanyi-penyanyi wanita untuk menghiburkan lagi persembahan yang dianjurkan.
Benarlah sabda Nabi SAW yang ditujukan kepada umat akhir zaman ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda yang bermaksud:-
Satu kumpulan daripada umatku pada akhir zaman, ditukarkan
mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah,
adakah mereka orang-orang Islam ?
Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa
tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh
Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka
menjadi begitu, ya Rasulullah?
Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan
penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis
arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka,
maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.
Allahurrabi..
Memang benar apa yang berlaku sekarang telah disabdakan oleh Nabi SAW 1400+
tahun yang lepas. Manusia masih lagi tenggelam dengan arus keduniaan yang
menjerat mereka dengan kenikmatan yang sementara. Manusia ini cepat tertewas
dengan nikmat dunia tersebut. Tetapi adakah kita hanya mampu melihat sahaja
dengan apa yang berlaku? Kerana
kemaksiatan yang dilakukan oleh mereka tidak akan mengundang bala untuk pihak
mereka sahaja. Ini kerana kita akan bersama-sama akan ditimpa bala ALLAH SWT
kerana kita hanya duduk diam sahaja tanpa apa-apa tindakan untuk memberikan
kesedaran kepada mereka atas perbuatan maksiat yang mereka lakukan.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayat
oleh Imam Ahmad yang bermaksud;
"Sesungguhnya
Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang
yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu
mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku
di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka
tidak mencegahnya."
Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang
tersurat dan yang tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara
realitinya memang berlaku kepada kita sendiri umat di akhir zaman, kerana
akibat dosa yang telah mereka lakukan mengakibatkan umat akan binasa dan
dihukum oleh Allah.
1 Response to Kota Maksiat, Bala yang diundang
tak sanggup aku lihat anak muda disajikan dengan 'najis' sebegini..
Post a Comment