Sunday, March 11, 2012 0 comments

Jangan fikir kegagalan hari ini!



Pernah tak kita lalui satu hari yang sangat tidak bernasib baik? Hari dapat result yang teruk, hari kita mendapat layanan yang buruk daripada semua orang, hari di mana semuanya dirasakan malang.


Ingat bagaimana kita pernah dibuli, ingat bagaimana kita belajar bersungguh-sungguh tetapi akhirnya keputusan masih tidak cemerlang, ingat bagaimana kecewanya kita apabila apa yang kita mahukan, itulah yang tidak kita dapat.


Rasa malang, kan?


Saat itu seperti mahu menyalahkan takdir saja. Iyalah, bukankah semua ini diatur Tuhan? Kita memang tercipta malang sejak azali, begitu?


Sebelum fikiran kita menjengah sehingga ke situ, mari sama-sama kita muhasabah semula apa amalan kita selama ini.


Bagaimana baca Quran kita? Bagaimana solat kita? bagaimana hubungan kita dengan ibu bapa, dengan rakan-rakan, dengan sahabat taulan?


Kita kadang-kadang terlupa perkara-perkara yang kita anggap remeh seperti ini akan memberikan sebarang kesan dalam kehidupan kita. Apa kaitannya tidak mahu siapkan assignment, dengan tidak dilayan kawan-kawan, contohnya? Does it make sense at all? Gaya macam tak, kan?


Tapi kita terlupa satu perkara di situ. Dosa-dosa kita diperhatikan Yang Maha Melihat. Dia yang tahu dosa kita, Dia juga yang menentukan apa hukumannya. Tapi manusia susah mahu menangkap mesej di sebalik hukuman itu, hikmah di sebalik setiap dugaan yang menimpa, LUPA, ada kuasa yang maha besar memerhatikan kita.


Allahu Rabbi.


Hari ini kita sakitkan hati seorang manusia. Esok, orang lain pula sakitkan hati kita. Hakikatnya memanglah ianya berlaku. Kita pula nak salahkan orang itu, kita salahkan takdir, kita salahkan kawan, kita lupa, berapa banyak dosa yang melingkari kita hari ini merupakan asbab kegagalan kita.


Justeru, apabila kita mendapat nikmat, bersyukurlah. Malang sekali kalau kita lupa bersyukur, saat itu janganlah nikmat kita hanya sekadar istidraj Tuhan, dan saat kita diberi ujian, bersabarlah, kerana dalam setiap ujian, ada hikmahnya.


Sebelum menyalahkan takdir, istighfarlah. Kerana kita ini hamba yang sering sekali melakukan dosa.


Jadilah diri sendiri sebagai motivasi untuk berubah, bukan lihat pada diri anda dengan seribu kegagalan. Bukan bermakna anda gagal hari ini hari esok tiada ruang lagi untuk anda berjaya. Perjalanan masih jauh lagi. Dunia ini ibarat pelayaran pendek di muara sungai sebelum pelayaran yang lebih mencabar di tengah lautan.


Mungkin kegagalan hari ini akan menjadikan anda lebih matang selepas ini. Mana tahu. Kerana anda tidak diciptakan untuk gagal. Anda diciptakan untuk berjaya bukan sahaja di dunia, InsyaAllah di akhirat kelak.



No Response to "Jangan fikir kegagalan hari ini!"

Post a Comment


Powered By Blogger