Thursday, March 15, 2012 0 comments

Nuklear..Nama yang digeruni! (siri 1)


Nuklear!
Loji Nuklear!
Bom Nuklear!
Sains Nuklear!
Medicine Nuklear!



dan banyak lagi perkataan yang diletakkan "Nuklear" jika orang ramai yang kali pertama dan sudah acap kali mendengarnya pasti akan terkejut dan terbit rasa ketakutan pada diri mereka.

Saya banyak pengalaman bersua muka dengan orang seperti ini. Dan ada juga suatu ketika saya pernah ditanyakan sebegini,

Dia: Kamu ambil kos ape di UKM ini?
Saya: Saya student Nuclear Science.
Dia: What! Nuclear Science? Apa yang awak belajar tentang Nuklear. Buat BOM yer?
Saya:......

Majoriti semua yang bertanyakan pengkhususan saya di UKM akan terkejut bila saya mengatakan saya mengambil kos Sains Nuklear dan first impression mereka berkaitan dengan nuklear adalah BOM. Saya hanya tersenyum dan menerangkan serba sedikit apa yang saya belajar selama tiga tahun di UKM ini. Hakikatnya memang sebegitu, kerana hanya dengan perkataan "Nuklear" sahaja. Mereka akan memandangnya dari sudut negatif kerana mungkin mereka hanya melihat daripada sejarah yang lepas apabila Hiroshima dan Nagasaki telah diledakkan dengan bom atom di Amerika. Chernobyl dan Three Miles Island telah menjadi tragedi nuklear yang paling mengerunkan dalam sejarah. Tragedi Fukushima yang mengejutkan dunia setelah berlaku kemalangan nuklear akibat limbasan Tsunami yang melanggar loji Nuklear dan kebanyakkan negara oriental pada lewat 40 an yang banyak melakukan demo test bagi senjata nuklear dan era deruan peperangan Dunia Pertama pada waktu itu.


Dan kes terbaru yang berlaku di Malaysia sendiri. Syarikat dari Australia telah mendapat lesen daripada Atomic Energy Licensing Board (AELB) yang meluluskan pembinaan sebuah kilang di Gebeng Kuantan iaitu Lynas Advanced Material Plant (LAMP). Setelah penduduk di sekitar Kuantan mengetahui akan pembinaan Kilang tersebut, telah berlaku pertumbukan pendapat dan bantahan yang dilakukan bagi memastikan pembinaan kilang tersebut deberhentikan. Ada juga yang beranggapan bahawa LAMP tersebut adalah Loji Janakuasa Nuklear. Ada juga yang beranggapan Kuantan selepas ini akan dicemari bahan-bahan radioaktif yang dilepaskan daripada lohong-lohong di kilang tersebut.

Jika yang pro kerajaan, mereka akan menyokong pembinaan kilang tersebut. Bagi yang pro-pembangkang, mereka akan menentang sekeras-kerasnya pembinaan kilang tersebut. Mereka berjuang berhabis-habisan bagi mempertahankan pendirian masing-masing. Pendirian dari segi apa? Adakah pendirian kerana kepentingan politik semata-mata? Apa yang mereka tahu tentang Nuklear dan dari mana rujukan mereka tentang ilmu Nuklear. Jika pemimpin mereka berkata A, mereka akan cakap A. Jika pemimpin mereka berkata B, mereka akan cakap B. Bagaimana pula dengan saintis Nuklear yang pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Apakah pendirian mereka? Apakah tindakan mereka untuk memahamkan masyarakat berkaitan dengan isu nuklear ini. Adakah mereka hanya menjadi golongan yang hanya diam di belakang yang hanya melihat masyarakat kini terperangkap dengan dakyah-dakyah ahli politikus yang hanya mementingkan agenda politik mereka. Tidak kira kerajaan atau pembangkang sekalipun.

Dalam perkara ini, kerajaan juga patut dipersalahkan dan berkemungkinan Malaysia akan mempunyai Loji Nuklear sendiri pada tahun yang akan datang. Adakah kerajaan hanya dapat mengemukakan cadangan untuk meluluskan pembinaan Loji Nuklear semata-mata? Mana usaha kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang Ilmu Nuklear. Masyarakat akan terus jahil jika kerajaan hanya memikirkan untuk memperkukuhkan ekonomi negara sahaja dan tidak memikirkan akan dasar kefahaman terlebih dahulu akan memastikan masyarakat boleh menerima atau tidak pembinaan Loji Nuklear di Malaysia. Adakah tercapai hasrat kerajaan tersebut jika kini Kilang Lynas telah dipersoalkan dan mendapat bantahan sekeras-kerasnya daripada masyarakat setempat.

Berdosa kiranya saya hanya berdiam diri dengan masalah ini, saya tahu bahawa ilmu berkaitan Nuklear ini tidak cukup jika hanya tempoh 3 tahun sahaja menuntutnya, Ia mestilah ke peringkat lebih tinggi untuk mengetahui lebih lanjut tentang ilmu ini. Tetapi dengan apa yang saya belajar, bolehlah serba sedikit saya menjelaskan apa sebenarnya ilmu nuklear ini. Dan saya akan jelaskan pada siri 2 nanti.

InsyaAllah..


No Response to "Nuklear..Nama yang digeruni! (siri 1)"

Post a Comment


Powered By Blogger