Thursday, March 8, 2012 0 comments

Ana Uhibbukum Fillah (Saya Sayang Kalian Kerana Allah)





Awak, kenapa kawan dengan saya yerr?


Perlu ke Tanya soalan macam tu? Hmmmm.


Sesetengah orang akan menjawab, “ Dah namapun kawan mestilah kerana keikhlasan”.


Betul ke? Bukankah Keikhlasan itu tidak boleh diukur nilainya dengan kata-kata; Keikhlasan itu ibarat semut hitam di atas batu yang hitam. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui tahap keiklhasan seseorang manusia itu. (Allah knows best!)


Dah tu kalau bukan sebab ikhlas apa lagi?


Tepuklah dada tanyalah iman masing-masing apa tujuan kita berkawan dengan seseorang. Adakah sebab kita pernah berhutang budi dengan orang itu? Atau sebab kita akan dibesarkan ‘network’ kita? Ataupun sebab dia kaya? Tak pun sebab dia ada pangkat tinggi? Atau sebab dia cantik? Tampan? Atau sebab mereka yang nak berkawan dengan anda? Dan macam-macam lagilah jawapannya.


Tujuan penulisan ini dibuat kerana saya melihat nilai ukhwah di kalangan masyarakat Islam sudah berkurang. Seolah-olah persahabatan yang terjalin hanyalah kerana tujuan tertentu dimana manfaatnya hanyalah kepentingan dunia semata-mata. Setelah semua urusan dunia itu tercapai persahabatan yang dijalin sebelumnya oleh kerana tujuan itu hilang begitu sahaja. Seolah-olah mereka tidak pernah kenal antara satu sam lain. Wajarkah keakraban kita terhadap seseorang mempunyai tahap yang berlainan? Setelah hasrat kita tercapai, wajarkah kita memutuskan talian itu begitu sahaja?


P/s : Wajib untuk jaga perbatasan (ikhtilat) pergaulan antara lelaki dan wanita. Persahabatan pada penulisan ini merujuk kepada persahabatan antara muslimin-muslimin jer..muslimat-muslimat dan bukanya antara muslimin-muslimat. (Haram itu akhi –ukhti!)


Kenapa masalah seperti ini timbul dalam persahabatan?


“Bukankah setiap mukmin itu bersaudara?” (49:10)

“Bukankah hati kita telah lama menyatu dalam tali kisah persabahan Illahi”

*lirik lagu ‘ seribu hari ini’ nyanyian Edcoustic


Jadi mengapa harus ada priority untuk ‘kawan’ yang tertentu? Mengapa harus pilih bulu?

Anda lebih mengetahui kenapa….


Wahai sahabat, indahnya ukhuwah itu sekiranya hati masing-masing tulus dan cenderung kepada ilahi semata-mata.


“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana Aku; Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihat kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku. “ (Imam Ahmad; Al-Musnad) (Hadis Qudsi)


P/s : Jadi cinta kita pula kepada siapa dan untuk apa ye?


Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


“Suatu hari seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus malaikat untuk mencegat di satu tempat di tengah-tengah perjalannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut; Malaikat berkata, “Hendak ke manakah engkau?” Ia menjawab,” Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya, “Apakah kamu mempunyai kepentingan funiawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab,” Tidak,kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah,” Lantas malaikat itu berkata (sambil membuka identitinya).” Sesunggunhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudaramu.”


MasyaAllah, tersentap hati membaca cerita di atas. Anda pula bagaimana? Cuba kita reflek diri masing-masing. Setiap perjalanan yang kita buat semata-mata berjumpa dengan kawan kita itu (effortnya kita berjalan, lagi-lagi yang sanggup berjalan kaki walaupun rumah kawanya jauh beribu batu) Adakah berbaloi perjalanan itu sekiranya tidak mendapat redha daripada Ilahi kerana kita tidak pernah berniat untuk mencintainya kerana Allah, tetapi mencintainya kerana dialah yang mampu membantu kita dalam hal di dunia ini? Begitukah? Bukankah Allah yang lebih berkuasa?


Benar wahai sahabat, Ingatkan diri sendiri dan diri masing-masing, biar ukhwah kita berkekalan hanya kerana Allah. Bertemu kita dengan ketaatan, berpisah kita dengan keredhaanNya.

InsyaAllah..Maaf, mood JIWANG malam ini


No Response to "Ana Uhibbukum Fillah (Saya Sayang Kalian Kerana Allah)"

Post a Comment


Powered By Blogger