Friday, December 30, 2011 0 comments

Meniti Bait Muslim-Saat Lafaz Sakinah



"Aku terima nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu"
Sah!!
Sah!!
Sah!!

Satu lafaz yang akan membezakan status seseorang itu selepas dilafazkan bagi memenuhi syarat kelayakan untuk bergelar suami-isteri. Walaupun diri ini belum berpengalaman untuk melafazkan ayat keramat tersebut, akan tetapi selepas melihat sendiri di depan mata sahabat-sahabat melafazkannya, diri ini bertambah hairan. Kenapa timbul perasaan takut yang datang secara tiba-tiba menyelubungi diri ini. Seram sejuk. dan juga rasa tidak sabar menunggu giliran untuk melafazkan ayat keramat tersebut.

Tetapi diri ini terfikir juga, jika aku telah melafazkan ayat ini. Ini bermakna aku telah mempunyai tanggungjawab baru untuk menjaga seorang wanita yang sebelum ini aku tiada kuasa untuk menjaganya. Dan aku juga perlu untuk memberi nafkah hidup kepada seorang wanita yang sebelum ini aku tidak perlu kerana yang wajib memberi nafkah adalah bapanya. Dan aku juga perlu untuk memberikan sepenuh kasih sayang dan ajaran agama kepada seorang wanita yang sebelum ini aku tidak perlu menghendahkan. Serta yang lebih penting aku perlu untuk bersiap sedia menunggu kedatangan orang baru yang akan menjadi menyeri kehidupan aku dengan seorang wanita yang dikatakan aku telah layak untuk bergelar sebagai ayah.

Diri ini terus berfikir. Agak besar tanggungjawab yang perlu dipikul untuk bersedia melafazkan ayat keramat itu. Jika sebelum ini kita hidup membujang. Tidak banyak yang perlu difikirkan untuk menyara hidup kita sendiri. Mungkin ada pengalaman untuk menyara diri seharian. Makan, kemas diri dan segalanya. Aku dah ada pengalaman. Mungkin untuk melafazkan ayat keramat itu belum masa untukku. Kerana kita tidak hidup membujang lagi, kita akan hidup serumah sekali dengan wanita yang sebelum ini haram untuk kita hidup sebumbung. Mungkin dengan keadaan aku sekarang dengan serba kekurangan. Mungkin belum masa untukku. Mungkin perlu ada pekerjaan tetap bagi memastikan hidup berkeluarga lebih bererti. Beberapa sahabat2 seperjuanganku sudah berjaya melafazkannya. Aku mengucapkan tahniah kepada mereka. Mungkin mereka sudah bersedia. Alhamdulillah..


Diri ini selalu mendoakan kebahagian sahabat2 seperjuangan agar berkekalan dalam meniti bait muslim ini. InsyaAllah Aku akan menyusuri. Tapi kini Aku belum bersedia.

Tribute buat :-
Muhammad Hafizan dan isteri
Izzat Fathi dan Isteri
Ustaz Azizan dan Isteri(Kak Afifah)
Ustazah Amirah dan Suami
Ustaz Farid HAmlud dan Isteri (Sakinah Ropien)
dan lain2 yang meniti jalan Bait Dakwah ini..Alhamdulillah..


No Response to "Meniti Bait Muslim-Saat Lafaz Sakinah"

Post a Comment


Powered By Blogger