Wednesday, December 28, 2011 0 comments

Aku gembira dalam kesibukan..Alhamdulillah...


Assalamualaikum..

Alhamdulillah,aku seronok dengan kesibukan ini. Alhamdulillah Allah mencampakkan perasaan ini kedalam hatiku ini,aku sendiri tidak menyangka diri ini akan berada pada tahap ini jika direnung kembali saat aku berada dalam dunia hutan jahiliah dahulu,subhanallah kenangan yang menyebabkan aku malu padaNya dan lebih kuat untuk teruskan jalan yang telah ku pilih ini.Bukan sedikit pengorbanan yang aku buat,tetapi Alhamdulillah Allah membantuku. Tapi kadang-kadang merasakan diri ini “Down” ketika sahabat memerlukan. InsyaAllah semua itu hanya sementara.

Kesibukan itu membuatkan masa itu dapat diuruskan dengan baik dan betul. Bergantung kepada diri masing-masing bagaimana untuk wujudkan keseronokan pada apa yang kita lakukan,sibuk itu satu nikmat.Jika ditarik nikmat itu walaupun sekejab,apa yang kita akan rasakan.Cuba bayangkan jika terlalu banyak masa lapang yang kita ada, kemungkinan hanya berapa peratus sahaja masa yang digunakan untuk tujuan yang baik dan berfaedah khususnya sumbangan pada islam itu sendiri. Persoalan yang juga menjadi muhasabah untuk diri yang selalu alpa ini, apa yang telah aku buat hari ini;apa sumbangan aku pada Islam, apa sumbangan aku pada jemaah,adakah ianya digelar `sumbangan` tatkala apa yang dikerjakan mempunyai unsur-unsur riak dan tidak ikhlas kerananya..Subhanallah,diri ini selalu saja alpa...Keikhlasan??

Jika sibuk itu suatu tekanan,maka atasi tekanan itu.Bagaimana?Aku mempunyai planner harian,rancang dan susun kerja-kerja mengikut priority,urgent dan important.InsyaAllah, semua ini akan membantu sedikit sebanyak kerana ia lebih tersusun dan menjadi guide line@ panduan untuk melakukan kerja. What to do next,urgent,important?. Itu yang mesti ada dalam my planner.InsyaAllah, pengurusan yang baik menyebabkan kita tidak akan terbeban dengan kerja2 yang datang secara tiba2,back up plan juga mesti ada,mesti selalu berfikir selangkah kedepan kerana tidak semua yang dirancang akan berjalan lancar.Dengan syarat,mengikut dan follow apa yang telah disusun dan dirancang serta sentiasa kemas kini ur planner.

Berteori itu memang sangat mudah..begitu mudah..Tapi,praktikalnya bagaimana?.Kadang kala timbul rasa sedih,takut,kecewa apabila ada segelintir yang begitu lantang berteori itu dan ini,begitu hebat pada pandangan manusia.Tetapi, bila tiba masa untuk menggunakan semua teori tersebut,hampir terkulai layu gerak langkah.Alasan?too many reasons..Macam2 alasan akan diberikan,tidak sehebat teori yang pernah dilaungkan...Tidak salah untuk berhujah,memberi semangat yang hilang,membantu mengembalikannya semula tapi mesti bijak bermain dengan kata-kata.Wahai sahabat sekalian,perjuangkan apa yang kalian katakan!!Prove it!!!

Benar,teori sangat mudah seperti apa yang aku sedang katakan sekarang.Tetapi,kita mesti cuba untuk kearah yang lebih baik.Hari ini lebih baik dari semalam,hari esok harus lebih baik dari hari ini.Berusaha untuk kearah yang lebih baik,yang selebihnya serahkan pada Allah. Aku begitu takut untuk berkata-kata memberi nasihat dan berkongsi pendapat,risau sekiranya apa yang diucapkan itu tidak dilakukan,risau sekiranya kata-kata itu akan diuji.Ya Allah,moga hatiku terus tetap dan istiqamah dalam jalan juang ini.Bantulah kami semua..Hidup ini tidak akan seronok jika tidak diuji dengan masalah dan jalan yang dilalui mungkin ditaburi duri2 beracun yang mungkin menyebab kita terus lemah dan jatuh layu kebumi(futur mungkin,nauzubillah moga dijauhkan olehnya).

Ya Allah, ku mohon moga hati kami akan terus diikat keranamu.Ikatkanlah hati kami pada perjuangan kami ini,teguhlah hati2 ini,mantapkan ukhuwah kami,temukanlah kami keranaMu,kami bertemu keranaMu dan berpisah jua keranaMu.

Tetapi layakkah aku memiliki semua ini!!

Apabila hati meletakkan Allah dihadapan,insyaAllah semua perkara negatif yang berlaku akan dapat diterima dengan hati yang redha dan lapang.Letakkan kebergantungan yang tinggi kepadaNya,insyaAllah ia akan memberikan hanya yang terbaik buat kita.Jika kita menganggap ianya negative @ musibah,yakinlah itulah yang sebaik2nya yang Allah sudah tetapkan pada kita.Kelak,kita akan sedar itulah yang sebaik2nya..Yakinlah!!!

Selamat berjuang sahabatku dalam peperiksaan...

No Response to "Aku gembira dalam kesibukan..Alhamdulillah..."

Post a Comment