Monday, June 6, 2011 0 comments

Ukhuwah

Ukhuwah

Sahabatku yang dirahmati Allah s.w.t

Pertemuan singkat dengan kalian

Mengajarku......

Erti sebuah pergorbanan,

Erti sebuah kegembiraan,dan

Erti sebuah kesedihan.

Sahabatku yang dikasihi Allah s.w.t

Terima kasih kerana bersusah dengan kesusahanku

Memberiku pinjam sesuatu yang sukar aku dapatkan

Memberiku kefahaman sesuatu yang amat aku keliru

Tidak pernah bosan dengan persoalan dan masalah

Yang aku timbulkan.

Dan tidak pernah jemu mengajarku erti sebuah

Persahabatan.

Salam kasih berpanjangan buatmu semua.

Sesungguhnya aku bersyukur mengenali kalian.

Sahabatku yang diberkati Allah s.w.t

Senyum tawamu,lawak jenakamu...

Semuanya mencipta memori yang tidak mungkin

Aku lupakan

Semoga pertemuan yang tidak dirancang ini

Membuahkan satu ukhuwah yang berlandaskan

Allah s.w.t

Sahabatku yang dilindungi Allah s.w.t

Carilah seorang sahabat yang boleh menegur

Di kala kita lalai

Mengingatkan kita dari kealpaan

Meraikan kita di saat kesedihan

Kebaikan dan ketakwaan kepada Allah menjadi

Tumpuan Dan hatinya sentiasa sarat dengan Iman

Dan keihklasan

Sahabatku yang sentiasa menangis kerana Allah.....

Dalam perjuangan ini

Sentiasalah menangis kerana Allah s.w.t

Bukannya kerana manusia sebab mereka juga

Makhluk Allah.

Bukan kerana perasaan sebab dalam perjuangan

Rasa kecil hati tidak pernah wujud.

Dan bukannya untuk mendapatkan apa-apa

Melainkan untuk mendapatkan keberkatan dan

Keredhaan Allah di muka bumiNya ini..

Akhir dariku...Salam kemaafan untuk

Semua dan Istiqomah dalam perjuangan.

ALLAHUAKBAR....

ALLAHUAKBAR....

ALLAHUAKBAR....

Jazakallahukhairan kazirah

Petikan sajak daripada Majalah Aspirasi PMUKM sesi 2002/03

No Response to "Ukhuwah"

Post a Comment


Powered By Blogger