Sunday, June 19, 2011 0 comments

Saat mencari ketenangan

Dalam kesibukan exam, diri menjadi tidak terurus..
Gara-gara 1 paper exam, tambahan pula dengan kerja sampingan iaitu bagi merekabentuk grafik majalah UKM dan banyak lagi perkara lain. Ini tidak seharusnya terjadi! peringatan buat diri, dan semua yg berada di sisi dalam menunggu satu kertas yang saya ambil pada hari Jumaat ini iaitu,Falsafah Pembangunan, hati terasa kosong, dalam kekalutan.buku yang dipandang, bagaikan sudah tidak memberi sebarang input pada diri.

Dengan memikirkan masalah yang lain tambahan pula hati ini terlalu rindu untuk pulang ke kampung.(selepas 2 bulan di UKM), dulu masa mendengar pengisian daripada Ust Azan pasal ketenangan hakiki. Banyak perkara yang telah berada di benak pemikiran bahawa untuk mendapat ketenangan atau sakinah yang hakiki perlu menjaga adab kita dengan Allah swt, adab dengan manusia dan juga adab kita dengan makhluk yang lain. Adab kita dengan masa, kita tahu masa tidak akan berhenti walaupun sesaat dan terus berlalu dan kita perlu mengejarnya. sebab Allah menciptakan kita ini bukan sia-sia, setiap saat itu ada perkara yang akan dihitung di hari akhirat apa yang kita lakukan. Seperti firman Allah swt:


"Our Lord you did not create this without purpose, be You glorified, spare us the retribution of the Fire!" "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" {al-imran:191}
(kongsi dalam dua-dua bahasa bagi memudahkan)

Terdengar ayat ini, terus terfikir apakah yang aku buat sekarang. Sejauh mana persediaan aku untuk exam. Allahurabbi. Bagaimana pula masa yang telah aku sendiri sia-siakan dengan perkara yang tidak sepatutnya. Adakah kita dapat merasakan kerugian yang telah kita dapat seperti baru kehilangan RM1 juta dengan kita mensia-siakan walaupun satu saat. Diri ini terus berfikir agar selepas ini aku akan sentiasa beringat.

Alhamdulillah, ketenangan menerusuk hati..Biarpun kepanasan suhu global memang pada tahap yg agak tinggi, tapi semua itu tidak dirasai bila melihat bertapa indahnya, damainya, suasana pada ketika matahari mula untuk terbenam mengikut perintah Yang Esa walaupun tidak sempat tengok gerhana bulan 2,3 hari lepas. MasyaAllah,,

Setelah mengimbas kenangan walaupun sehari di DQ (Darul Quran) bersama 3 orang sahabat ketika itu kami tengah menunggu masuknya waktu maghrib, aku rasa itulah masa yang paling membuatkan diri merasai ketenangan yang hakiki. Apabila seruan azan berkumandang disertakan dengan angin yang sepu-sepu meniup lembut telinga dan langit yang kemerahan. Aku hampir menitis air mata dan bersyukur betapa indahnya alam ciptaan Allah swt dan diberikan agama kebenaran beserta dengan rahmat yang tidak dapat dirasai oleh penganut lain.

" Ya Allah, tetapkanlah kami di jalan da'wah mu. Membawa, menyebar, dan mengajak kebenaran yang lama tersimpan. Janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Dan pimpinlah kami agar kami thabat, istiqamah dalam mendukung , melalui jalan kepadaMu Ya Ilahi. Sesungguhnya, redhaMu yang ingin kami kecapi."

Hati kini bersemangat, untuk meneruskan perjuangan. Benarlah kata-kataNya.Ingatlah Allah dengan melihat alam ciptaanNya, dan hati akan menjadi tenang. Nak senang untuk berpeluang melihat keindahan alam ciptaanNya. Layari www.digitalmukmin.com. MasyaAllah betapa indahnya.

Selamat Mujahadah bagi sesiapa yang ada exam terutamanya Fariq, Hilmi, Fuad, Kama Din, dan sahabat-sahabat yang lain. Semoga apa yg dipelajari diberkati Ilahi.
Wasalam.

No Response to "Saat mencari ketenangan"

Post a Comment


Powered By Blogger