Saturday, May 21, 2011 0 comments

Waktu Mudamu, Ke manakah Kau Habiskan???

Waktu Mudamu, Ke manakah Kau Habiskan???

Remaja adalah satu fasa umur yang paling berharga bagi setiap manusia. Fasa ini juga adalah penentu kepada pilihan remaja itu sendiri untuk mencorak kehidupan mereka sewaktu remaja ini untuk dibawa kepada fasa dewasa. Jika mereka lebih cenderung kepada ilmu agama, mereka akan terus istiqamah untuk mendalami ilmu agama hingga ke fasa dewasa atau seterusnya. Dan jika pula mereka lebih cenderung kepada dunia hiburan, mereka akan terus mencari-cari untuk terus berhibur sehingga tidak sedar mereka semakin meninggalkan alam keremajaan mereka.



Hampir 10 kali saya mengulangi kuliah yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus yang bertajuk: “mensia-siakan masa muda” yang sangat menyentuh hati nurani saya apabila menyentuh berkenaan amalan manusia yang bergelar orang muda. Kuliyah ini telah mengerakkan hati saya untuk menulis kerana saya dapat merasakan pesanan yang disampaikan oleh Ulamak-ulamak terdahulu mengenai remaja dalam kuliyah Ustaz Azhar Idrus adalah pesanan terbaik untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian yang masih bergelar remaja. Antara pesanannya adalah “hendaklah kamu mengambil keuntungan dan kesempatan kamu di dalam masa muda kamu, sebelum kamu menjadi seperti kami ini, dalam hal tua,daif,dan lemah dari membanyakkan amal”.Pesanan ini telah disampaikan oleh ulamak-ulamak salaf(ulamak yang terdahulu) sebagai nasihat kepada orang muda ketika itu untuk terus beribadat kepada Allah walaupun kita tahu bahawa ulamak tersebut telah menghabiskan seumur hidup mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah hinggakan ke usia tua. Tetapi dengan sifat rendahkan diri ulamak ini dengan tidak terlalu menunjukkan kealiman mereka dan terus mengabdikan diri kepada Allah s.w.t daripada masa muda mereka sehinggakan masa tua mereka.


Hari ini kita melihat kebanyakan remaja sekarang tidak sepenuhnya menggunakan masa muda mereka untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah s.w.t. Mereka lebih memilih untuk menghabiskan masa muda mereka dengan aktiviti yang kurang bermanfaat daripada membersihkan diri mereka dengan pakaian iman dan akhlak dengan mendengar pesanan ulamak-ulamak yang kini hampir setiap hari menyampaikan risalah Nabi Muhammad S.A.W. Kini kita lihat hampir setiap kampung dan taman perumahan ada masjid atau surau yang mengadakan kuliah untuk mengembalikan aqidah dan akhlak umat islam. Rasanya agak rugi jika tidak mengunakan peluang ada pada zaman sekarang mana-mana sahaja kita dapat menimba ilmu agama. Jika dilihat daripada sejarah orang-orang alim terdahulu, mereka sanggup belayar di serata dunia untuk menuntut ilmu agama. Seperti seorang tokoh ulama Malaysia, Syeikh Mohd Idris Al Marbawi yang menuntut ilmu dari masa muda Al-marhum sehingga umur Al-marhum mencecah 80 tahun di mesir. Pada tahun 1 Muharram 1408 H, bersamaan 1987 M, beliau telah dijemput oleh kerajaan Malaysia pada masa itu untuk menerima Tokoh Maal Hijrah yang pertama. Tetapi Al-marhum menolak tawaran kerajaan Malaysia. Setelah dipujuk beberapa kali oleh kerajaan Malaysia, akhirnya Al-Marhum menerima tawaran tersebut. Apabila Syeikh Idris diminta untuk berucap ketika menerima anugerah ini. Mereka dengan rendah diri berkata:

“sesungguhnya aku tidak mempunyai ilmu walaupun hanya sedikit”

Apabila mendengar ucapan Al-marhum Syeikh Idris, semua tetamu jemputan terdiam dan akhirnya Syeikh Idris meninggalkan majlis itu dan terus pulang ke tanah barakah Mesir. Di sini kita dapat lihat betapa juhud dan merendahkan dirinya ulamak ini walaupun kita tahu Al-marhum ulamak yang paling murtabar ketika itu dengan mendalami ilmu pengetahuan sepanjang hidup Al-marhum. Inilah janji Allah s.w.t kepada hambanya yang merendahkan diri mereka dan terus beribadah kepada Allah s.w.t, Allah akan angkat darjat mereka dan tiada sesiapapun yang akan mampu untuk menjatuhkan mereka.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

« سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ……. »

“ada tujuh golongan orang yang Allah berikan naungan pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya,pemerintah yang adil,pemuda yang tumbuh berkembang dalam peribadatan kepada Robbnya...”.

Dan juga bagaimana Allah s.w.t juga kisahkan cerita pemuda tentang ashabul kahfi dan ashabul ukhud. Allah khabarkan kepada kita bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Robb mereka, sebagaimana firman Allah s.w.t:

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آَمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى. وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَهًا

kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, “ Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia”(QS : Al Kahfi(18):13-14)

Maka, disini kita dapat simpulkan pemuda yang akan mendapat keredhaan Allah s.w.t ialah golongan pemuda yang telah memilih masa mudanya lagi telah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Hanya gerun dengan kalimah Allah dan tidak takut kepada makhluk lain. Apa yang mereka dapatkan dari waktu muda yang mereka habiskan dalam ketaatan kepada Allah? Dari Surah Al-Kahfi, dengan keberanian yang dimiliki oleh pemuda ini walaupun diperintah oleh raja yang zalim supaya menyembah berhala. Mereka mengatakan bahawa “Robb kami adalah Robb yang memiliki langit dan bimu, kami tidak akan beribadah kepada selainNya”.


No Response to "Waktu Mudamu, Ke manakah Kau Habiskan???"

Post a Comment


Powered By Blogger