Tuesday, May 15, 2012 0 comments

Bingkisan buat seorang guru


Bismillahirahmanirahim..

Dikala seminggu ini sangat sibuk untuk menyiapkan sejilid thesis. Rasanya tidak lengkap jika dalam seminggu tidak diisi dengan perkongsian ilmu kepada sahabat-sahabat sekalian di anakbangsamerdeka ini. Tambahan pula hari ini adalah satu tarikh keramat yang mesti dirasai oleh sesetengah insan yang bergelar guru. 16 Mei. Walaupun kini tarikh ini tidak lagi diperingati sebagaimana semasa di sekolah dulu. Tetapi ianya adalah satu luahan daripada insan yang dulunya pernah menadah mengharapkan akan keberkatan  ilmu yang dicurahkan kepada kita.

Kata pepatah:

Those who educate children well are more to be honored than parents, for these only gave life, those the art living well.
-Aristotle

Pergorbanan yang dicurahkan oleh guru mengatasi segalanya. Mengharapkan hasil didikannya akan menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan. Tidak sesekali mengeluh mencurahkan ilmu. Walaupun anak didikannya dahulu kini telah meningkat dewasa. Telah sampai ke menara gading. Telah menjadi manusia berjaya dan bekerjaya. Guru masih berada di sini untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Pesan Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Menjadi guru itu adalah profesion yang mulia.
Oleh itu guru mesti sentiasa berilmu.
Guru mesti mahir menggunakan kaedah mengajar.
Guru mesti panjang akal.

Guru mesti mahir dalam bahasa budaya tinggi.
Bahasa budaya tinggi menjadi wahana budaya dan intelektual tinggi.
Bahasa rendah adalah untuk budaya rendah.
"Street language is for street people."

Ikutlah pesan Nabi Luqman a.s. kepada anak-anaknya.
Sederhanakanlah lagak dan suara kamu.
Orang yang suaranya kasar dan bongkak dibenci Tuhan.

Ada sebuah peribahasa Arab yang berkata,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Jadilah orang besar.

Menjadi guru, bercakaplah fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama,
... bagi memandaikan anak bangsa.

Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil.

Semoga kamu menjadi guru yang berjasa.

Selamat Hari Guru~



No Response to "Bingkisan buat seorang guru"

Post a Comment


Powered By Blogger