Monday, May 9, 2011 0 comments

“Melayu akan kuat apabila ikut Islam”


“Melayu akan kuat apabila ikut Islam”

Dasawarsa kini, kita sering memerhati dan mengikuti perkembangan politik di negara kita ini yang kini kian diselubungi dengan perkara-perkara yang dikatakan perlu untuk kita lebih berfikir positif untuk menilai sesuatu perkara. Dalam usaha merebut peluang untuk situasi “win-win,and never lose and die” yang digunakan oleh kedua-dua pihak parti pemerintah dan pihak pembangkang sekarang dianggap terlalu ekstrem kerana melibatkan isu-isu yang tidak sepatutnya dilaungkan kerana melibatkan sensitiviti individu,kaum dan agama sendiri. Contohnya kes liwat dan video seks Anwar Ibrahim, semangat perkauman yang tinggi,dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang boleh kita tengok dan lihat sendiri di muka akhbar dan media yang dianggap mempunyai agenda tersembunyi yang ingin dicetuskan sesetengah pihak untuk meraih sokongan dan memburukkan sesetengah pihak yang lain walaupun perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Kini, ada ura-ura daripada mulut pemimpin kedua-dua parti,”Bubar PAS,masuk UMNO”,”Bubar UMNO,masuk PAS”,”PAS alat DAP” dan banyak lagi ungkapan yang keluar untuk mehangatkan lagi suasana politik di negara kita menjelang PRU13 yang dikatakan akan berlaku pada masa terdekat. Isu PAS atau UMNO yang mana lebih memperjuangkan islam dan lebih relevan untuk umat melayu adalah isu yang sering diutarakan oleh kedua-dua pihak dan dilihat telah berdekad lamanya isu ini timbul terutamanya apabila hampir dengan pilihanraya. UMNO dilihat sering mempertahankan prinsipnya memperjuangkan semangat kebangsaan yang tinggi iaitu kuasa orang melayu sendiri atau ”ketuanan Melayu” di Malaysia adalah sangat penting untuk memastikan bangsa melayu akan terus terbela dan kuat berbanding bangsa-bangsa yang lain. “takkan hilang Melayu di dunia” adalah ungkapan yang sering dilaungkan di Konvensyen UMNO yang memberi semangat kepada ahli-ahlinya untuk terus berjuang mempertahankan ketuanan Melayu dan memastikan bangsa Melayu akan terus kuat dan maju kehadapan berbending bangsa-bangsa yang lain di Malaysia.

PAS pula dilihat lebih memperjuangkan kesucian agama Islam tanpa mengabaikan hak-hak orang Melayu sebagai Bumiputera dan kaum-kaum lain yang tinggal di Malaysia. PAS menyedari bahawa bangsa Melayu sendiri masih mundur dan lemah daripada bangsa-bangsa yang lain dari segi mentaliti sikap, ekonomi, pendidikan dan sebagainya . PAS lebih menggunakan pendekatan bahawa “ketuanan Islam” adalah asas penting yang perlu untuk memastikan semua bangsa di Malaysia dapat manfaat daripadanya dan bukan sahaja untuk bangsa Melayu. Memetik kata-kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul AM PAS,” Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT” dan “Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India,” adalah kata-kata keramat yang perlu kita fahami bahawa bangsa Melayu akan kuat jika berdiri atas paksi idealisme Islam semata-mata diikuti bangsa-bangsa yang lain dan hakikat ini telah tercatat dalam Al Quran. Tuhan manusia itu satu, sumber agama satu, semua nabi disucikan dan diagungkan, kitab-kitab yang diturunkan dari langit semua dari Allah, sedangkan tujuan yang dicari adalah dapat bersatunya hati (seluruh umat).

Firman Allah dalam surah asy syura ayat 13:”Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat)."

Sebagai contoh boleh kita lihat, tokoh gerakan Islam di Mesir, Imam Hassan Banna dalam membina pengukuhan dakwah Ikhwanul Muslimin memang benar tidak menolak sebarang ideologi manusia samada nilai-nilai universalisme, nasionalisme, arabisme, atau ketimuran tidak ada masalah untuk diamalkan, namun paksi dakwah ikhwan iaitu dakwah Islamiyah membawa seluruh umat manusia ke arah jalan yang hakiki di bawah pimpinan dakwah.

Perjuangan asasi ikhwanul muslimin adalah menuju Allah,seperti yang disebut Hassan al Banna,
"Kami warga Ikhwan dengan sepenuh hati berseru Allah lah arah tujuan kami", lalu meletakkan konsep "ar Rabbaniyah al-A'lamiyah",dan mengukirkan petikan surah An-nisa ayat 1,
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

Dalam meraikan unsur Nasionalisme (Mesir), Hassan al Banna nukilkan,
"Kami merasa bangga bahwa kami ikhlas berjuang untuk tanah air tercinta ini, bekerja untuknya, berjuang di jalan kebaikannya dan kami akan terus demikian selagi hayat masih di kandung badan dengan penuh keyakinan bahwa hal ini merupakan bagian dari tanah air Arab seluruhnya dan kami sewaktu berjuang untuk Mesir bererti berjuang untuk Arab,dunia Timur,dan Islam"

Dalam meraikan unsur Arabisme, Hassan al Banna nukilkan pula,
"Kebangsaan Arab atau persatuan Arab dalam dakwah ini mempunyai kedudukan penting. Bangsa Arab merupakan umat Islam yang pertama dan warganya yang terpilih sebagai kebenaran. Sabda Nabi s.a.w :apabila bangsa Arab hina maka hinalah pula Islam"

Nukilan di atas adalah mesej penting yang ingin disampaikan oleh Imam Hassan Al-banna bahawasanya sesuatu bangsa dan kaum akan kuat dan maju jika mempunyai pegangan agama yang kuat dan meletakkan Islam yang paling teratas daripada semua idealisme lain yang kini diikuti oleh kebanyakkan Negara Islam. Kalau di dunia ini terdapat berbagai macam seruan dan beraneka ragam organisasi yang kebanyakan mendasarkan atas fanatik kebangsaan yang dapat menarik hati seluruh bangsa dan dapat menggerakkan perasaannya maka sesungguhnya dari pelajaran-pelajaran yang keras dan kejam yang diterima oleh dunia dari bekas kekuatan kezaliman ini adalah merupakan jaminan untuk mengajak manusia kembali kepada petunjuk yang benar dan kembali bergotong royong atau persaudaraan sesame sendiri tanpa sebarang prejudis.



Hakikatnya Hassan al Banna bukan saja berjaya membuktikan dakwah islamiyah itu syumul dan merangkumi semua nilai-nilai baik dari setiap pandangan, falsafah mahupun hasrat harapan manusia dalam apa bentuk ideologi sekalipun, malah beliau membuktikan idealisme Islam adalah yang paling unggul di akhir zaman, lalu untuk apa lagi umat Melayu yang mendabik dada di Malaysia sebagai Islam dengan ahli UMNO sendiri sering menyebut, "untuk apa pisahkan melayu dan Islam, padahal semua melayu itu Islam, berjuang untuk Melayu bermakna berjuang untuk Islam".

Tidak ada jalan lain jika bangsa Melayu yang ingin perkasakan Melayu bersama-sama keris menjulang-julang melainkan perkasakan Melayu itu dengan Islam. Kerana apabila Islam tertegak di atas muka bumi ini, semua umat akan merasai keadilan sejagat kerana hanya islam sahajalah yang dapat memberikan keamanan dan memelihara hak-hak setiap manusia berbilang agama.

Rata-rata bangsa Melayu mana-mana negeri memahami bahawa tanpa Islam melayu jadi bangsa yang hilang jati diri, bukti terdedah memperlihatkan bagaimana lamanya 5 dekad negara kita telah mendapat kemerdekaan langsung tidak memainkan peranan dalam melindungi maruah bangsa dengan agama, budaya dan bahasanya. Jadi sekarang kita dapat lihat bahawa perubahan pemikiran rakyat Malaysia kursusnya orang Melayu sekarang lebih bersikat positif untuk memilih dasar Islam sebagai matlamat utama iaitu PAS walaupun UMNO disokong majoriti melayu di zaman awalnya kerana pengharapan keperkasaan identiti melayu yang pastinya berteraskan Islam diletakkan oleh UMNO ketika awal penubuhan. Adalah pelik sesuatu pertubuhan atau parti tercari-cari arah untuk berpegang kepada dasar dan hala tuju yang bagaimana, padahal sudah terdedah dalam kehidupan orang Melayu dari dulu lagi betapa Islam itu teras idealisme terunggul untuk diikuti sebagaimana yang telah dibuktikan oleh tulisan Hassan al Banna, betapa jika ingin mencari kecintaan tanah air, Islam menyemainya, jika mencari perlindungan bangsa, islam memartabatnya, jika mencari kesopanan ketimuran, Islam perkasanya, jika mencari syumul bersatu padu tanpa kira bangsa dan agama, Islam sudah buktikannya mampu menyatu umat manusia.

Disini boleh dikatakan agak ketara perbezaan antara PAS dan UMNO dari segi pemikiran idealisme dan asas perjuangan. Sekarang kita tidak bercakap atas soal dari parti mana kita, tapi atas kesedaran bahawa tunggak utama iaitu dasar atau idealisme Islam yang perlu diambil oleh semua umat manusia tidak kira UMNO,PAS,PKR, dan lain-lain bagi kepentingan semua umat manusia bukan hanya untuk sesetengah kaum sahaja .Untuk apa segan mengambil teras idealisme Islam, malah bangsa Melayu yang beridealisme dan mempunyai karismatik Islamik mampu membuatkan bangsa Melayu sendiri diyakini seluruh bangsa di Malaysia dan akhirnya menjadi kuat dan dihormati.

No Response to "“Melayu akan kuat apabila ikut Islam”"

Post a Comment


Powered By Blogger