Thursday, April 8, 2010 0 comments

Demam peperiksaan rupanya

Pihak sekolah telefon tadi, suruh datang jemput Angah. Dia demam. Sebenarnya memang dari semalam lagi dia demam, tapi nak juga ke sekolah sebab ada peperiksaan.

” Awak pergi hospital, rehat di rumah. Tak perlu datang sekolah. Tak perlu ambil trial exam. Saya nak awak sihat dan ambil PMR dengan cemerlang. Saya tahu awak boleh.” Pesan cikgu.

Saya bawa Angah ke klinik. Cuma demam biasa bukan positif influenza A (H1N1) . Alhamdulillah.

Dalam perjalanan balik..

” Angah…tengok depan tu…gelap je..jerubu ke nak hujan?”

” Semua diatas”. :lol: Yakin betul jawapan dia, macam tanda kertas soalan.

” Awak ni demam peperiksaan rupanya….”

No Response to " "

Post a Comment