Friday, November 6, 2009 0 comments




PILIHANRAYA KAMPUS SEMAKIN HAMPIR.........

sekarang semua orang tertanya-tanya siapakah yang akan menerajui pimpinan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan diadakan pilihanraya tidak lama lagi,adakah peneraju sekarang(aspirasi) atau (GMUKM) sebagai pembangkang......?Debaran semakin terasa apabila waktu yang dinanti nanti semakin hampir dan harap-harap dapat memberi nafas baru kepada GMUKM untuk merampas kerusi tampuk pemerintahan daripada aspirasi yang sudah enam penggal telah menguasai pemerintahan tetapi dikatakan telah gagal memegang amanah untuk menaikkan martabat UKM selangkah lebih jauh berbanding tahun-tahun yang lepas..menurut fakta,kegagalan aspirasi dalam menjadikan UKM universiti perdana dan mahasiswanya bersifat intelek,telah diterjemahkan dengan kejatuhan UKM sebanyak 41 anak tangga iaitu dari tangga 250 pada tahun 2008 ke tangga ke 291 dalam ranking Higher Education (THE)-QS World University Ranking.Ini berbeza dengan senario yang berlaku di UM apabila PRO MAHASISWA di UM apabila mereka telah berjaya merampas tampuk pemerintahan PMUM daripada kerajaan dulu telah meletakkan UM menduduki tangga 180 daripada 230 tahun lalu.tidak boleh dinafikan kejayaan ini adalah berkat daripada kejayaan daripada mahasiswa di UM yang ingin melihat perubahan pada kampus mereka dari segi akademik .Oleh itu mahasiswa di UKM patut berubah haluan dengan menukar pimpinan PMUKM dengan orang yang lebih layak menerima jawatan tersebut dan bukan hanya melihat calon itu dari paras rupa,perlulah menilai daripada akhlak dan niat suci mereka untuk mengubah masa depan Universiti Kebangsaan Malaysia yang kita sayangi ini dan harapan baru mahasiswa.


No Response to " "

Post a Comment


Powered By Blogger