Saturday, June 30, 2012 0 comments

Tribute untuk UKM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Orang kata bertemu dan berpisah tu lumrah dalam kehidupan. Ya, sebagai manusia biasa kita perlu hadapinya dengan tenang. Tapi, beratnya hati ni untuk menghadapinya dengan tenang. Entah la, mungkin diri semakin dewasa dan terlebih emosi.

Kalau dulu, tamat sahaja tingkatan lima sedikit pun tiada perasan sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan. Mungkin terlalu excited untuk menempuh kehidupan yang baru di alam universiti sehingga perpisahan terjadi dan berlalu dengan begitu saja.

Dan, tamatnya pengajian di matrikulasi, perasaan sedih untuk berpisah dengan kawan-kawan tu ada tapi perasaan tu tak sehebat sekarang. Mungkin kehidupan selama kurang dari setahun di kolej matrikulasi kurang memberi erti dan nilai persahabatan. Bukan takda tapi kurang jika nak dibandingkan sekarang. Sekarang di universiti, persahabatan yang terjalin selama hampir tiga tahun. Ya, persahabatan yang mengajar erti susah senang bersama. Saling bergantungan antara satu sama lain. Menyiapkan segala tugasan bersama. Mungkin dalam masa hampir tiga tahun itu kita selalu tak sependapat, kita selalu mempunyai pemikiran berbeza tetapi percayalah, semuanya akan menjadi kenangan. Tak sangka, sungguh cepat masa berlalu.

“Jumpa lagi di lain masa…”

Sebelum ini, jika kawan-kawan bercerita mengenai perpisahan yang bakal terjadi, saya senyum saja. Sebab saya rasa tak sabar untuk menamatkan pengajian dengan cepat kerana lambakan tugas seorang pelajar yang membebankan. Tapi, bila ia semakin hampir, hati saya terusik. Tuhan, kuatkanlah hati saya menghadapi semua ini. Masa-masa yang kita lalui dulu tidak mungkin akan berulang lagi. Sebab saya tahu, saya berkawan dengan semua orang. Tak kira dia dari fakulti mana..FPI,FST,FPEND,FSSK,FEP,FTSM,FKAB.Semua telah saya rasai kenikmatan bersahabat dengan mereka. Kepada coursemate “Sains Nuklear” yang bersama-sama menuntut di tadahan ilmu yang sama. Saya ingin mengucapkan ribuan kemaafan di atas kesilapan dan ada sedikit tersinggung sepanjang kita bersama.

Buat pensyarah-pensyarah yang dikasihi dan disegani, saya sentiasa doakan anda sihat-sihat saja dan dapat mencurahkan ilmu kepada yang lain. Sungguh didikan dan dorongan yang kalian berikan amat berharga. Buat kawan-kawan, terima kasih kerana berkongsi segala ilmu dikala saya kebuntuan. Terima kasih kerana menjadi tempat saya meluahkan segala masalah. Terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya. Saya akui, diri sememangnya tak sempurna. Saya mohon maaf atas segala kekurangan diri. 

Kepada sahabat-sahabat atau junior-junior daripada lima persatuan yang paling saya sayangi, Ikatan Studi Islam, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi, Persatuan Mahasiswa Terengganu, SUKSIS UKM dan Redaksi UKM. Saya memohon maaf sepanjang keberadaan saya bersama kalian. Jika ada silap dan salah saya dengan kalian. Minta dihalalkan.

InsyaAllah kita bertemu lagi. Jika tidak di konvo nanti, kita bertemu di lain-lain tempat, jika tidak bertemu hari ini, kita bertemu hari esok, Jika tidak bertemu di dunia ini, kita bertemu di syurga kelak. InsyaAllah.

Tribute buat UKM~
Hillman Iqbal Bin Rusli
30/6/2012



Disini saya compilekan gambar-gambar kenangan UKM















No Response to "Tribute untuk UKM"

Post a Comment


Powered By Blogger