Tuesday, May 3, 2011 0 comments

1st day class with Dr.....


1st day class with Dr.....

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang pasti merindui tinta daripada blogger AnakBangsaMerdeka yang sudah hampir lima bulan tidak bercerita dan mungkin kadang-kadang jika sahabat terziarah blogger saya sebelum ini. Mungkin sahabat perasan tarikh akhir blog ini diupdate adalah 13 Januari 2011 dan saya kira tarikh itu sangat lama bagi sesuatu blog dan rasanya disambut gembira dengan penziarahan sahabat-sahabat sekalian hanyalah bertemankan seekor hamster di sebelah kanan atas sahaja bagi menemani kesunyian di blog ini. Pertamanya saya ingin mengucapkan seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat sekalian kerana menanti begitu lama bagi saya mengupdate blog ini. Mungkin dalam kesibukan saya di saat-saat akhir ini menjadi catalyst mengapa blog ini tidak diupdate setelah sekian lama.

Hari ini 4 Mei 2011 insyaAllah blog ini yang pertama kali bagi bulan Mei akan bermadah bicara bagi santapan sahabat-sahabat sekalian. Kali ini saya nak menceritakan mengenai 1st day pada masa sesetengah pelajar sedang bergembira dengan keluarga di kampung dan sesetengah lagi masih mentalaah ilmu di perbukitan ilmu ini (ambil short sem). Saya berasa sangat teruja untuk datang ke kelas pada hari pertama setelah hampir satu minggu relaxkan fikiran setelah selesai menjalani peperiksaan akhir dengan menghadiri kelas Falsafah Pembangunan. Saya masih ingat pada masa saya mendaftar kursus ini ,saya tertanya-tanya apa sebenarnya diajar dalam falsafah pembangunan ini? Saya search dalam internet dan terjumpa sinopsis yang menerangkan kursus ini secara ringkas sahaja iaitu:

Kursus ini membincangkan pengertian konsep pembangunan dan jalur-jalur falsafah yang mendasari program pembangunan. Pelajar didedahkan kepada andaian-andaian dan asas-asas nilai yang mempengaruhi proses pengurusan dan pentadbiran dalam masyarakat. Beberapa projek pembangunan akan dianalisis untuk meneliti orientasi falsafah dan permasalahannya dalam proses membuat keputusan

Sangat sukar untuk difahami. Saya terfikir perlukah saya ambil kursus ini?Bolehkah saya skor nanti dalam kursus ini. Persoalan tidak terjawab. Tetapi naluri hatiku menyuruh untuk aku menerima sahaja dan akhirnya mengesahkan pengambilan kursus ini di SMPWeb. Nak diceritakan lagi pada dua hari lepas, saya berasa hairan kenapa tidak diupdate tentang maklumat terbaru di SMPWeb tentang jadual kuliah pada short sem ini. Tanya seorang sahabat dan rupa-rupanya perlu tengok dekat bangunan Pusat Pengajian Umum(PPU) senarai jadual kuliah yang telah ditampal sekian lama. Tanpa membuang masa saya terus mencapai motosikal kesayangan saya TAP9901 dan terus menuju ke UKM daripada rumah sewa di sebuah taman di Bangi Perdana. Pada waktu itu kedengaran suara langit yang menderum dan suasana di sekeliling sangat gelap seperti sudah maghrib walaupun baru selepas sembahyang asar tadi. Pada waktu itu juga air hujan mula mencurah perlahan-perlahan dan aku mula mengspeedkan LC135 super spiritku dan akhirnya sampai di PPU. Saya terus bergegas ke bangunan PPU dan tercari-cari senarai jadual kuliah short dem di sekitar bangunan itu. Akhirnya menjumpai senarai tersebut. Lantas mataku cepat-cepat mencari perkataan”falsafah” akhirnya terjumpa juga akhirnya. Berbisik di dalam hati” ari isnin ngan rabu rupanya kelas nier...kul 8.00 pagi kat DK3F302..lecture saper yer.???ya Allah..betul ker??dr Arip rupanyer...yesss.!!” Rupa-rupanya Dr. Ariff Kasmo yang akan mengajar kuliah Falsafah pembangunan nanti. Alhamdulillah...............

Bersambung..........

No Response to "1st day class with Dr....."

Post a Comment


Powered By Blogger