Tuesday, May 8, 2012
Bismillahirrahmanirrahim,
Dikesempatan ini, ingin hati ini berbicara di saat diri ini berasa sangat lemah. Di saat ketika orang lain merasakan diri ini begitu kuat di hadapan mereka. Hakikatnya diri ini selalu mengadu lemah kepada Allah. Adakah kita tahu bahawasanya kita sudah diuji ataupun belum dengan ujian yang mana diuji kepada orang-orang yang beriman disisi Allah. Dan adakah kelemahan kita akan terserlah setelah kita diuji sehingga di luar kemampuan kudrat kita? Tapi sebenarnya memang begitu, kita diciptakan sangat lemah disisiNya.
Firman Allah dalam Surah Al Ankabut : 1-3
Alif laam
miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan :
“Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami
telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.
Hakikat kehidupan ini adalah ujian dari Allah s.w.t.
Mengapa manusia diuji?
Rasa
kehambaan
Rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap
TuhanNya iaitu rasa miskin, jahil,lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi.
Bila diuji dengan kesusahan, kemiskinan, kekurangan atau cercaan, seorang yang
memiliki rasa kehambaan akan nampak segalanya itu datang daripada Allah s.w.t.
Firman Allah dalam Surah At Taubah : 51
“Katakanlah (Muhammad) tidak akan
menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah
pelindung kami dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman”
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji.
Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak
mempersoalkan mengapa aku diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah
dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu.
Menerima
hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita
‘memberontak’ hati akan bertambah kacau. Bila ditimpa ujian kita diajar untuk
mengucapkan kalimah istirja’:
Innalillahi
wainna ilaihi rajiun
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah : 156
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa
musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami
kembali”
Mengapa kita diperintahkan mengucap istirja’? Kalimah ini
sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita
adalah hamba milik Allah, kepadaNya kita akan dikembalikan. Kita layak,
patut dan mesti diuji kerana kita adalah hambaNya.
Rasa bertuhan
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu
mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah, timbul pergantungan
kepada yang Maha Kuat. Bila rasa kurang, timbul pengharapan kepada yang Maha
Sempurna. Bila miskin, timbul rasa ingin meminta pada yang Maha Kaya. Rasa
pengharapan, pengaduan dan permintaan adalah hasil menghayati sifat-sifat Allah
yang Maha Sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan. Jika rasa kehambaan
menyebabkan kita takut, hina dan lemah sebaliknya rasa bertuhan akan
menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat.
Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang
merasa lemah disisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun
akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.
Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah s.a.w yang mententeramkan
Saidina Abu Bakar ketika bersembunyi di Gua Thur dengan katanya “La Tahzan
Innallaha Maana – Jangan takut sesungguhnya Allah bersama kita!” Rasa bertuhan
inilah yang menyebabkan para Nabi dan Rasul, mujadid dan mujtahid, para mujahid
dan murabbi sanggup berdepan dengan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang
mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka.
Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat
pertolongan Allah s.w.t.
Firman
Allah dalam Surah Al Baqarah: 153
“Dan
pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat”
Memahami maksud takdir Allah s.w.t, mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah
takdir Allah s.w.t. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap
kebergantungan kita kepada Allah disamping berusaha sedaya upaya menyelesaikan
masalah itu. Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu
mengawal kemudi pelayaran kita. Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita ialah
hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutama bila diuji) hanya akan tenang
bila kita beriman kepada Allah. Yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat
pemurahNya.
Apa jua takdir yang ditimpakanNya keatas kita, adalah bermaksud
baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang
terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan keatas
hambaNya pasti bermaksud baik. Jadi bersangka baik kepada Allah s.w.t.
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 216
“Ada
perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu
suka tetapi ia buruk bagi kamu dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu
tidak mengetahuinya”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir tuhan
sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih ‘kerja tuhan’ yakni
cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita yakni
mengawal perlayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari masa ke semasa.
Mendapat hikmah bila diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat yang tersurat. Hikmah
dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Melalui ujian-uijan
kita mendapat didikan langsung daripada Allah.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Perumpamaan orang yang
beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu
hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat
pahala sabar, syukur, redha dan pemaaf daripada Allah? Maka dengan ujian, darjat
para rasul, para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ditingkatkan. Mereka
sentiasa diuji dan paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 214
Apakah
kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang
penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu
iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan sehingga Rasul
dan orang-orang beriman bersamanya merintih, “Bilakah datangnya pertolongan
Allah?”
Bagi orang yang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif
kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik disebaliknya. Malah
dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkanNya sebagai satu pengampunan.
Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, berkata para muqarrabin tentang hikmah ujian..
“Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam
kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam
kelapangan dan Allah melepaskan engkau dari kedua-duanya supaya engkau tidak
bergantung kepada sesuatu selain Allah”
Wallahualam~
1 Response to Aku lemah di SisiNya
Casino Site - Online Slots - ChoEgoCasino
ChoEgo Casino is a reputable kadangpintar online casino that offers over worrione 2000 online casino choegocasino games including slots, blackjack, roulette, keno, and live dealer casino.
Post a Comment